Pages

Ads 468x60px

Labels

Rabu, 20 Maret 2013

ASAL USUL BISKUIT PERTAMA KALI


Biskut (Cracker) pertama kali dibuat oleh John Pearson dari Newburyport, Massachussetts. Sebagai seorang pelaut,Pearson sering kali memikirkan satu makanan yang boleh bertahan lama dalam pelayaran tidak sepertimana kuih tradisional lain yang cepat basi dan rosak. 

Pada tahun 1792, beliau telah mencampurkan tepung dengan air lalu membakarnya, ciptaan yang terhasil dari gabungan tepung dan air itu beliau namakan Pearson's Pilot Bread seterusnya dikenali dengan nama Hardtack atau Sea Biscuits. Biskut yang telah dicipta oleh beliau ini dengan cepatnya menjadi sangat popular dikalangan nelayan, pelayar dan pelaut dek kerana ketahanannya untuk jangka masa yang panjang.

Pada tahun 1801, juga di Massachussetts ,Josiah Bent telah membakar keseluruhan doh yang yang telah dileperkan secara tidak sengaja sekaligus mencetus perkataan 'Cracker'.Bunyi 'Crack' yang terhasil ketika doh tersebut sedang terbakar, akhirnya membawa pada nama yang kita kenal pada hari ni.

Selain itu, Josiah Bent juga adalah orang yang bertanggungjawab memperkenalkan biskut ini sebagai makanan ringan harian bukan sekadar makanan bagi pelaut sebagaimana yang dicipta oleh saingannya, Pearson. Untuk itu, beliau telah menambah perisa kepada biskut buatannya sehingga tercipta biskut soda dan pelbagai biskut lainnya.

'Biskut' (Biscuit) adalah perkataan yang berasal dari perkataan Latin 'bis coctus' yang bermaksud dimasak 2 kali. Perkataan ini kekal sehingga sekarang dan menjadi nama naungan bagi resepi yang bergabung dibawahnya seperti Cracker, Kuih yang bersaiz kecil, Hardtack, Kek keras, Cookies dan sebagainya.

Perkataan 'Cookies' pula adalah dari perkataan Belanda 'koekjes' dari kata asal 'koek' yang bermaksud kek. Ia menjadi perkataan yang popular di US sedangkan di England, mereka lebih gemar memanggil Cookies dengan nama Small Cakes, Seed Biscuits atau Tea Cake.
Sumber : CariGold

0 komentar:

Posting Komentar

 

Sample text

Sample Text